Kekal Slim Dan Fit Dengan 5 Tips Menghadapi Rumah Terbuka!

Sepanjang hari raya penuh denga jemputan rumah terbuka, selagi ada raya maka selagi itulah kemeriahan syawal dirasa, itulah keunikan budaya malaysia.

Sebulan sepanjang ramadhan yang lalu kita dah berusaha keras mendapatkan tubuh badan yang slim dan fit ,jadi macam mana nak kawal biar badan kita tidak kekal ideal walaupun menghadiri banyak jemputan ?

5 tips ini bantu kita kekal slim walaupun ada 10 jemputan “Open House”

1. Penuhi Jemputan

Pastikan menghadiri jemputan dan makan juadah yang disediakan. Selain dapat mengeratkan silaturahim,dapat jimat belanja makan juga kan . Setahun cuma sekali orang kata.

 

2. Satu rumah satu juadah.

Kita akan dapat kawal dari ambil kalori berlebihan bila kita atur juadah yang kita nak makan sama seperti waktu makan seharian kita, begini:

Rumah 1 – Sarapan
Rumah 2 – Makan tengahari
Rumah 3 – Minum petang
Rumah 4 – Makan malam
Rumah 5 – Minum malam/supper

Kan sama macam jadual makan seharian kita, sekarang kuantiti pulak kena kawal .

 

3 –Kuantiti is the key !

Makanan yang dimakan berlebihan dari keperluan badan akan disimpan sebagai lemak dan buat badan kita mengembang, jadi kita tentukan sekarang macam mana nak kawal kuantiti juadah, caranya begini

Kita dah susun perjalananan rumah ke rumah bukan ? So bagi rumah yang termasuk dalam senarai sarapan , minum petang , minum malam ,kita ambil jenis makanan yang lebih kecil saiz & kuantitinya. Boleh kita jamah seperi kuih raya sebij dua dan berbual dengan tuan rumah

So bagi rumah yang kita dah rancang sampai pada tengahari untuk lunch dan malam untuk dinner,kita boleh nikmati juadah berat seperti ketupat ,lemang,rendang atau lontong ke dalam kuantiti berpada pada.

Ikuti teknik 6 bintang ini bagi kawal kuantiti ketika open house ini :

  • Guna pinggan yang kecil
  • Satu jenis sahaja sumber karbohidrat seperti nasi / mee / ketupat / lemang
  • Satu jenis sumber protein yang buat rasa kenyang lama seperti rendang ayam / rendang daging / ayam masak merah
  • Carilah apa sahaja sumber serat yang disediakan tuan rumah seperti timun ke salad ke ,kerana serat bantu kita mudah lawas selepas makan di open house ini
  • Apa sahaja juadah yang di ambil sebaiknya kawal lah kualiti makanan kita. Jika rendang biasanya berminyak , ambillah bahagian yang kurang kelihatan minyak nya,
  • Minuman di setiap rumah biasanya hampir yang sama seperti air kordial,jadi lebih baik kita ambil peluang jimatkan kalori dengan pilih air kosong,bukan sahaja sihat dan kurang kalori ,bahkan memberi kita kesegaran panjang berbanding minuman bergula.

 

4 –Tunggu signal kenyang !

Setiap rumah biasanya kita luangkan masa dalam 30- 40 minit kan ?

Jadi makanlah dengan perlahan sambil berbual mesra dengan kawan yang lama tak jumpa.

Signal muncul dalam otak kita setelah 15-20 minit dari suapan pertama. Syarat kenyang tak semestinya kena makan banyak,ini kerana badan mengambil masa untuk proses makanan sehingga muncul signal kenyang walaupun makan sedikit.Maka slow & steady bantu kita tidak terlajak makan banyak .

 

5- Warna Air !

Setiap rumah almost sediakan air yang hampir sama mcm bulan biasa , dan itulah air yang kita akan jumpa sepanjang 30 hari.

Jadi minum air putih .Badan kita lebih selesa,lebih segar,perut tak sebu dan buncit kerana tinggi gula serta pastinya kalori kita lebih terkawal tak berlebihan.

Ingat, air bewarna biasanya bergula dan setiap gelas air bergula mempunyai lebih dari 60 kalori

 

Tips ini bantu kita untuk keka segar dan sihat sepanjang musim perayaan aidilfitri ini serta bagi anda yang dah berusaha keras untuk slim dan fit sepanjang ramadhan yang lalu untuk kekalkan saiz dan berat badan agar terus menerus menjaga tubuh badan yang slim dan sihat !

Kongsikan artikel ini...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *