Sukar Mulakan Langkah Pertama Turun Berat? Kenali 10 Punca Ini Dan Cara Atasinya!

Banyak kali dah mencuba , namun tersangkut di pertengahan destinasi ,mengapa ia terjadi ? Jom kita cek dan atasi..

 

1. Terpaksa atau Dipaksa

Untuk mulakan proses turun berat,ianya perlu datang dari keiginan diri sendiri,barulah semua proses kawalan makanan atau aktiviti fizikal dapat diteruskan dengan lancar dan berkekalan.

 

2. Tidak tahu punca

Kenaikan berat dan saiz badan berpunca dari siapa ? Keluarga ? Ibu bapa ? Guru ? Kerajaan ? Asasnya adalah berpunca dari diri sendiri yang tiada kemahiran dalam mengawal makanan yang masuk kedalam mulut kita serta cara mengaktifkan diri. Jadi kita yang harus mulakan tindakan berubah.

 

3. Tak tahu nak mula dari mana

Nak mulakan dengan tak makan langsung atau makan sedikit ? nak masuk gym atau berlari dan sebagainya . Langkah pertama adalah dapatkan panduan,tips , ebook ,pandangan jurulatih dari mana perlu bermula.Ianya tidak semestinya berbayar.Dan lebih mudah merancang dari mana perlu bermula,

 

4. Lakukan secara berahsia

Kebiasaanya kita malu untuk berkongsi cita cita matlamat lagi lagi berkaitan berat badan ,mungkin malu atau risau gagal. Berkongsi impian dan hebahkan kepada teman rapat akan membuatkan kita mempunyai “push factor” yang kuat untuk kita usaha sampai berjaya.

 

5. Sering lakukan sendirian

Pastinya ada yang akan sokong dan beri kata kata perangsang pada kita dan ada juga yang tidak menyokong serta memperlekehkan kita. Cari rakan rakan yang sama matlamat untuk slim dan fit agar boleh berkongsi semangat dan mendapat circle of friends yang positif bersama sepanjang journey to slim .

 

6. Takut untuk bermula

Perubahan adalah perkara yang memang sukar kerana kita telah selesa dengan cara yang lama,namun untuk dapat sesuatu yang kita belum miliki,kita perlu lakukan sesuatu yang belum kita lakukan. Kejayaan menuntut perubahan rite ? 🙂

 

7. Kurang keyakinan mampu slim dan fit

Hidup bertahun dalam berat dan saiz badan berlebihan,mungkin pengalaman cuba pelbagai supplement tak beri hasil,akan timbul rasa kurang yakin Its Okay !

Cari sumber inspirasi dalam realiti hidup. Tidak semestinya dari fitness trainer yang miliki badan tegap ,tapi dari insan insan sebenar yang punyai masalah berat badan sama macam anda satu maa dulu dan kini berjaya miliki badan yang slim dan fit dengan cara yang sihat.

 

8. Terlampau fokus kekurangan diri

Saiz badan yang tidak menggembirakan kita adalah hasil gaya hidup masa lalu,dan kini anda ingin megubahnya. TInggikan rasa ingin memiliki tahap kesihatan yang baik,berbadan slim dan fit sehingga membara semangat. Bayangkan diri anda yang telah berbadan slim,kelihatan menarik dan selesa serta menawan.

Berdiri di depan cermin dan jerit sekuat hati “ aku akan lakukan sampai berjaya kali ini “ “ aku akan diet & lakukan senaman sampai jadi “. Ia akan timbulkan kekuatan dalam diri, alihkan fokus kepada kekuatan berbanding kelemahan yang tidak memberi apa apa perubahan baik.

 

9. Risaukan cabaran sepanjang misi

Cabaran adalah satu proses yang tetap akan ada. Dari cabaran lah kita belajar cara selesaikan. Mungkin kita risau cabaran seperti masa untuk bersenam,cabaran seperti ejekan , cabaran godaan makanan dan sebagainya.

Maka untuk atasi kerisauan anda itu, bersedia dengan kelengkapan seperti ilmu dan kefahaman tentang diet dan senaman,jadual masa yang disusun . Serta perlu sedar yang perjalanan kembali slim dan fit ini tidak mudah namun ianya berbaloi untuk diteruskan sehingga berhasil .!

 

10. Kerap fikir jika gagal dan takut gagal .

Kegagalan adalah perkara yang sering ditakuti dan tiada siapa sukakannya . Namun jika kita hanya kerap fikirkan takut gagal maka kita tidak mampu mulakan serta lakukan apa apa. Apa yang penting adalah mulaka dan lakukan misi untuk slim dan fit yang telah kita tetapkan .

Lebih baik terus mencuba dari tidak melakukan apa apa dan membiarkan diri gagal. Susun perancangan ,matlamat & impian dengan jelas bersama ilmu dan kefahaman bagaimana mahu slim dan fit, pastinya peratusan untuk berjaya itu lebih berbanding hanya berharap pada makanan tambahan yang dibeli semata mata.

Kongsikan artikel ini...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *